Sunday, 20 January 2013

all in one :D






assalamualaikumm.
heyy hoyy huyyyyyy.
ehem ehem. kini saya bukan kerja sbgi org yg tanam anggur lagi.
tapi kini saya sudah menjadi seorang yg berjayaaaaaaaaaa~
yeaaaaahhhhh :D sekarang dah start kerja dkt tempat tusyen.
bukan mengajar ahh. just uruskan hal pentadbiran. cehhh~
takda ahhh. uruskan pendaftaran, yuran, kedatangan.
haha. part time jeee~ gaji ikut jam :)
7 ptg sampai 10.30 malam jeee.


then sekarang jugaakk dah berjaya mencari org utk curahkan ilmu :)
at least dapat pahala dann ilmu tuu in shaa ALLAH kita tak lupa kaannn?
yeaaaahhhhh, aku buat home tuition. konon~
addmath je laaahh. anak jiranjiran jee. baru seorangg yg tusyen dgn akuu skrg.
ikut dia ahh nak bila punn. terus bayar time tuuu :p
satu jam 10 hinggit. dengar cerita dia nak ajak kawan. hihi -_____-


then, kelmarin baru je mintak kerja part time dkt butik baju. baru bukak punn.
cantikcantik ohh baju diaa~ kitorang siap beli.
ibu beli jubahh 1, aku beli dress labuh 2 :)
nampak takk ketidakadilannya dkt situu? haha XD
alaaahh, kitorang bolehh share pakai kotttt.
sweet taakk?
haha.
dkt situ punn gaji ikut jam jugaakk. tak start lg. drpd siang tak buat apa baik kerja kaann?
baik kerja situuuuuuuu.
kurus sikit -__________________________-




haha. okaayy. stop dkt situ.
ni nak cerita td wa pergi kenduli kahwin abg mas ooooo.
anak latukkkk ooooo.
awesome gilaa oooooooooo.
haha XD
okaayyy.
enjoy gambar je aahhhh.




azam and adlina :)

mas and adlina :)

pengantin :)

bakal pengantin. ehhhhh -_____-




haha
btw, thanks a lot to mu'azzam mustapha kerana dia sangat baik hati kerana dia sannggup keluar balik setelahh baru sampai rumahnyaa umtuk menghantar aku ke PAS kerana ayahku berada disituu sdg bermain boling sebanyak 3 game -______-
*ehhh. banyaknyaa kerana kauu -,-
terima kasihhh gila wehhhh. aku taktahu nak ckp mcm mana daahhh.
kalau kau takda tadi. aku taktahu aku balik pukul berapaa.
kesian kaauu, baru je sampai rumaahh.
dahh siap baringbaring dahh punnn.
tibatiba kena keluar balikk sbb kena hantar aku.
aku SANGAT HARGAI ituu wehhh.
aku berdebar gilaaa time dlm kereta tuu td. takut jd apaapa.
yelaaaaahh. bawak aku secara tak halal kaaannnn. ehem! haha
walaupun aku terpaksa redah hujan seorang diri -,-
siap beli payung. haha XD 
akhirnyaa aku sampai jugaakk destinasi yg dituju :)
thanks beb!
jasamu amat kuhargai ^^





azam :)





then, satu satunyaa adik lelaki aku.
MUHAMAD HAFEEZ BIN MOHAMED JIZAD akan melanjutkan pelajaran tingkatan 4 nyaa di kolej vokasional SLIM RIVER, perak.
mengambil jurusan teknologi elektronik :)
harap baikbaik je ahh apiss dkt sana.
be matured :p
bila duduk sana baru tahu kehidupan berasrama mcm manaaa -______-
haha :D 
apiss akan mendaftarkan diri esok jam 8 pagi.
yess. lepas subuh kena keluar dahh
tp just ayah dgn ibu je hantar diaaa.
adikadik aku yg lain, win dgn namin sekolahhh.
aku laaahh kena uruskan  mereka esokkk.
ergghhhhhh -______-
goreng telur je laaahhh :p
btw, GOODLUCK BRO!
get your new life there.
cuba matang sikit. haha XD
jangan lupa kakakmu yg terlalu GAGHANG di sini :)




hafeez :)




fuhhhhh~ agak panjang post aku kali niii ^^
dah mengantuk gilaaa nii. esok nak kena bangun awal -,-
uruskan budaakbudak nii.
okaayy then.
goodnight :)
assalamualaikum ><





Sunday, 13 January 2013

happy birthdaayy ADIK :)






assalamualaikum.
heyyy. baru je balik dari kampungg nii.
penaaattt -_____-
kononnnn~ daalam kereta tidur jee. haha :D
btw, my dua pupu, kak farah, baru je tunanggg.
SELAMAT BERTUNANG KAK FARAH :)
ehhh. macam tuu ehh nak cakaapp kalau orang baru lepas bertunangg?
erggghhh. lantak laahh apa punn :p hihi



okaayyy. finee. tujuan tulis post nii untuk si budaakk kecik tuu haaaa. adalaahh budakk tuu~
hahaha :D



tanggal 9 JANUARI 2009.  lahirlaahh seorang bayi yang diberi nama QASEH KHADEEJA BINTI ANUAR. kami menggelarnyaa EJA ^^
hihi :) kenapa aku suka sangat layan budakk ni haa? dan aku suka panggil dia adik. padahal dia bukan adik aku punn.
seriouss. tengok tuu nama ayah kami lainn. cehhh~ haha
dia sepupu aku laahhh. seronok layan diaa.
bijak jee bercakap. dia jee nak menang :)
yee. aku sangat suka layan diaaa. SANGAT.
kadangkadang IBU dia sendiri punn malas nak layan. haha :D
apataahh lagi KAKAK dia. hahahaha.



macam tadi dekat kampungg, semua orang dahh makan. dia sorang je belumm.
tulaahh. sibuk sangat nak main sampai lupa makan.
lastlast dia masuk rumah cakap nak makan. kebetulan pulaakk tuu aku ada dekat dapur.
tengok kakak dia makan telur sibuk nak jugaakk.
tapi telur dahh habis. kena goreng lainn.
dann yes. aku tahu akulaahh sasarannya. haha :D
dia datang dekat aku dengan muka seposen dia tuuu.


"kakak anjee, nak telurr"

"adik nak makan nasi kee?"

"hmmm"

"yelaahh. jap akak gorengg. makan bagi habis tauuu"



sebelum aku goreng tuu aku sendukkan nasi dia siapsiap.
pandai diaa~ dahh siap letak kicap. haha :D
sedang aku goreng telur~



"kakak anjee, cepat lahh shikitt. lambatnyaa tulur tuu masak. tak payah masak lagi laahh"

"haha. kejapkejap. dahh nak siap dahh"



daahh siap gorenggg. aku bagi dia. hancurkan dalam nasi dia.



"panas tau dikk. elokelok."

"hmm. kak anje, takyah masak lg ehhh? eja nak makan je terus"

"meghepek ahh hang jaa. telur nak makan kena masak ahhh"

"kak anje, nak air kosongg"



hahahahah ;D memang dia sangat dilayan seperti puteri raja bila dengan akuu. 
lastlast aku suap dia dann tak habis punn nasi tuu.
kughang asam jawa betull. baik aku takyah goreng. haha.
dan dia bla macam tuu jee?
haisshhh budaakk tuu. haha



sempena birthdaayy dia, aku ada beli hadiahh. banyak pakai duit aku. ibu tambah RM10 jee :)
asalnyaa nak beli mainan dekat diaa. tapi ibu suruh beli benda lain sebab dia dahh start tadika. dahh takda masa nak main. haha.

ni haaa hadiahhnyaaa~



TIBE :)


haha. sabtu tengahari tuu. sampaisampai jee kampung. aku terus bagi diaa.



"ejaaaaa. nak hadiahh takk?"

"nakkkkk"

"naahh, happy birthdaayy!"

"thank youu~"



ambik kauu. cakap oghang putihh diaa. haha :D
lepas tuu terus peluk aku cium bagai.
suka betul dia dapat teddy bear tuu :p
aku tanya dia.



"apa nama diaa dikk?"

"TIBE"



haha. then baru aku paham. TIBE tuu stands for teddy bear. act, dia tak gheti sebut. haha.
sebab tuu TIBE je jadinyaaa. tibe punn tibe laahh dikkk :)



tadi sebelum balik. aku suruh dia pegang TIBE dia tuu. then, aku ambik gambar.
ni haaaaa~



-________-


comel kaaannn?
haha.
aku cakap dekat diaaa.



"jaga TIBE elokelok dikkk"

"okaaayyy"



haha :D comel jeee. hmm. 
hmm. kayylaahh.
lastlyy,



HAPPY BIRHTDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO QASEH KHADEEJA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU :)




semoga panjang umur dan murah rezeki dikk. semoga menjadi anak solehah. dengar cakap ibu ayah.
jangan asyik menjawab jee. haha :D belajar rajinrajin ehhh.
jadi budak pandaaii :) jangan lupa akak! hihi ><



kdaaa~ goodnight
assalamualaikum ^^







Thursday, 10 January 2013

terima kasih YA ALLAH :')







assalamualaikumm.
malam nii, sangat meriahhh. kami bertemu semula. even hanya di alam mayaa.
tapi kerinduan ituu amat jelas dirasai.
hubungan yang erat, takkan kami pisahkaaann.


"erkkk. asal dengan aku nii?"


hahahaha :D jiwang tibatiba kaaannn? serious.
biarlaaahhh. bukan senang wehhh kawan yang kita dah hidup satu bumbung dengan dia 5 tahun, kita nak lupa wehh. bukan senangg -____-
malam nii, bertarikh 10januari akan ku kenang sampai bilabila.
tibatiba ramai gila online FB.
dan malam nii jugak saksi kami bergelak tawa bersama. menangis bersama. aku harap kita mati punn bersamaa~
ehhh. itu malique kaannn? haahaha



rutin harian di asrama, dari pejam mata sampai celik mata kita ada bersama kawaann :)
bangun pagi, mandi, solat. jap. nak list. macam banyak sangat jee :P

ni diaaaaa~


-bangun pagi, mandi samasama-
-solat subuh samasama(kadang2)-
-breakfast samasama, saling tunggu menunggu-
-pergi sekolaaahhh samasama even lain kelas-
-belajar samasama dalam kelas-
-balik sekolah samasama-
-lunch samasama-
-solat zuhur samasama-
-prep petang samasama-
-tusyen samasama-
-balik tusyen samasama-
-makan kuih samasama-
-solat asar samasama-
-ma'thurat samasama-
-mandi samasama-
-makan malam samasama-
-solat maghrib samasama-
-solat sunat samasama-
-baca yaasin samasama-
-tazkirah samasama-
-membebel dekat adikadik samasama-
-solat isyak samasama-
-prep malam samasama-
-supper samasama-
-stay up sampai pagi samasama-
-tidur samasama-
-tak tidur sampai pagi punn samasama-



fuhhhh~ banyaknyaaaa. itulaahh rutin harian kami di asrama SMKS18HEBAT.
nampakk taakk 24 jam bersama kawankawan?
setiap masa dan saat kena mengadap muka dorang. haha :D
kadangkadang bosan. hahaha XD tp itulaahh kawan.




banyak kenangan aku bersama mereka. dari yg happy sampai ahh yg sedihh menangis meraungraung.
kejadian hampir dibuang asrama takkan kami lupakan. masuk bilik pengetuaa. menangis beramairamai depan pengetua. merayu bagaaii.
sampai ada adikadik kami yg menangis bila tahu kami hendak dibuang asrama. arggghhhh~
time tuu kenangan paling tak bolehhh lupaa. kami sakitkan hati ibu kamii~
tapi ALLAH telah selamatkann kami. terima kasihh YA ALLAH :')



dan terlalu banyak kenangan kami bersamaaaa. SANGAT :'(
rasa sedihh meninggalkan alam persekolahan. tapi,
apa perlu buaatt? itulaahh takdir kami. terpaksa berpisah demi mencapai impian dan citacita masingmasingg~




serious, aku takkan lupakaann koraangg semuaa.
korang yg banyak mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan hidupp.
terima kasihh semua :')




:)




hahaha XD nampak takk rindunyaa di situuu? sampai jadikaann desktop background.
hihi. mungkin post seterusnyaaa aku akan ceritakaann sorang demi sorang tentang kawankawan aku.
in shaa ALLAH kalau ada masa :)




lastlyyy, TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA PERTEMUKAN AKU DENGAN MEREKA. TANPA MEREKA MUNGKIN AKU TIDAK BOLEEHH MENGHADAPI DUGAAN HIDUP KESEORANGAN. TERIMA KASIHH YA ALLAH KERANA KAU TELAH MENYATUKAN KASIH SAYANG ANTARA KAMI. ALHAMDULILLAH :)



hihi. btw, kawankawan.
harituu tuu kaaannn. aku jumpa CIKGU AZLIN dekat klinik seksyen 7.
guess whatt? dia senyum dekat akuuuuuuuuuuu :)
haha. kalah senyum kambing you know! sampai ke telingaaaaaa -,- haha
jealous tak jealous taakkk? hihi. 
aku punn pergi laahh kat dia sembangsembang bagaaii~
dia sangat peramaahhh. rupanyaa dia hantar sorang budak kecik nii pergi situu.
demam kottt. so sweet. macam ayah mithali wehhhh.
usap kepalaa. urut belakang bagaaaii. awwwwwhhhhh.
so sweet :p anak murid dia rasanyaa budak tuu.




haha. tu jelaahhh.
kdaaaa~
goodnightt :)
mimpi aku wehhhh.
assalamualaikum ><








Sunday, 6 January 2013

cukuplaahh~









assalamualaikum :)
heyyyyyy. nak cerita nii. dah lama aku gian nak menaip nii. 3 hari daahhh~
hari tuu aku ada cakap yg aku kerja taska. kan kan kannn?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ^^ 
ini palingg lawaaakkk :p


first dayy kerja. hari jumaat. pergi ahh kaann macam biasaaa. 
kayyy. macam nii tahuu, dia ada 2 taska, owner yg sama. satu taska baby. lagi satu taska atas 2 tahunn.
mulamula aku pergi lahh taska atas 2 tahun tuuu. sebab semalamnya dia suruh dkt situuu.
sampaisampai dahh kena bg mandi budaakk~
hmm. takpe ahh tuu kann. tak kesah punn. dah biasa mandikann budak2 besar tuu.


dah habis kerja, tibatiba owner dia datang. dia suruh aku ikut dia pergi taska lagi satuu.
jalan kaki je ahh. dekat sangat. depan belakang kottt -,-
dalam hati,


'asal tukar pulaakk nii? gilaa apa nak suruh aku jaga babyy? setakat pegang tuu bolehhlaahh woii'


kaayy. masuk taska baby tuu, dia kenalkann kakakkakak yg ada kat situ semuaa, then tibatiba dia cakap,


"okaayy, awak kena jaga 3 org baby. husna, danish dgn khairin. mandikann semua laahh"


"saya tak reti puann. tak pernahh buat kerja nii. setakat budak atas 2 tahun tuu bolehh laahh."


"ehhh. takpee. kat sini lahh awak nak belajar. tak susahh punn"



and i was like 'whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttttttttttttttttttttttttttttt? puan tak paham kee? saya taknak ahh. dah ahh sekali 3 orang. pengsan saya dkt sini puan nak tanggungg? haaaaa?? haa?'



kayy. aku tipuu. itu hanyalaahh rekaan sematamata -,-
aku punnn turut laahh dgn penuhh ketaatan.
serious, sangat tak sabar nak balikk.
bukan apa, aku suka budak tapi tak reti ahh nak layann anak orang. ramai pulaakk tuu.
setakat suka jelaahh~


dan dan dan sangat bosann. bila dorang tidur ahhh. kalau dorang jaga pulaakk, bising. tak kisah lah pasal bisnig tuu.
tapi aku memang tak pandai nak pujuk budak nangis. penat woooooooooooo -___-
tp dia ajar bagai. berjaya laahh aku handle 2 orang baby tuu.
lagi sorang tak datang hari tuu.
serious wehh, aku asyik tengok jam jee. masa lambat pulaakk berjalan harituu. haissshh.
tak sabarnyaaa nak balikk. kalau ikut hati suci murni aku nii, *errkkk -,-*, aku lari jee balik rumah tinggalkan budak2 tuu. dekat sangat rumah ke taska tuu. 
tapi sebab tanggungjawab kaann? kenalaahh habis kann jugakk.



masa berlalu dengan begituu lambaatt.
TIK TOK TIK TOK.
TINGG!!! 
yeaaahhh. dah pukul 7 daahh.
aku terus mintak izin nak balikk.
dalam otak sibuk dok fikir nak cakap dengan ibuu "ibuuuuuuu, akak tak laghaaatttt~"
sampai rumahh, ambik nasik duluu, makan. haha :D
bayangkann ahh. dr pukul 7 pagi sampai 7 petang tuu. 
pukul 2 baru laahh aku makan. tu punnn sikit jee.
lauk dia tak sedap -,-
bersyukur wehh bersyukur -___-



serious penat yg tersangat penatt.
ibu dah gelakkan daahh.


"baruu sehari kakkk. haha"


"ya ALLAH buuu, akak rasa macam dah beranak kembar ibu tahuuu? penat gilaa. lepas sorang, sorang."


"hmm. takpelaahh. esok msg laahh dia ckp nak berhentiii"


serious penat gilaa malam tu. lepas dah habis makan, solat maghrib. 
then baring jap tunggu isyak. lebuhhhhh~
pukul 1 lebihh baru sedarr. nasib baik adikadik aku tak tidur lg. dorang yg kejut.
bangunbangun solat semua. ajak win dgn namin teman turun bawah. buat apaa? MAKANN ahhh XD
lapar wehh baru bangun tidurr.
dandandan aku terlepas tengok MAHARAJA LAWAK MEGA.
agak sedikit kesal disituu tp tak kesahh sangaatt~
astro kann ada ulaangg :p
dah habis makan, tidur balik. 
GREAT -,- ge**k laahh aku jawabnyaaaa~


esoknyaa, sabtuu. aku text puan tuu cakap nak berhenti bagaaaii. ayat aku tak bolehh bla ohh. haha :D



"assalamualaikum puan. ni saya nabillah. sebelum tuu saya nak mintak maaf. saya nak berhenti kerja. saya tak dapat teruskan atas sebabsebab yg tak dapat dielakkan. terima kasih"



hahaha. poyo taaakkk? tunggu punya tunggu punya tunggu dia tak replyy.
aku ckp dkt ibuu.


"dia frust kott buu. dia kann tengah kekurangan pekerja sekarang"


kebetulann semalam ucu datang dgn tok. memang aku cerita habis ahhh dengan doranggg -,-
memang aku diam gilaa dkt sekolahh. yekee? haha. tp dalam family even family besar, aku paling riuh XD
macammacam ahh aku ceritaa.


"ucu bayangkann cuu,.........."


"daahh laahhh............"


"kalau........... takpe jugaaakkkk"


"tak laghat ahh cuuuuu"


"akak belum bersedia lahh tok nak jagajaga baby niii"


"penaaaatttttttt -____-"


jawapan ucu.


"haaaaaa. tahu punnnn. macam tu laaaahh koghang kecikkecik duluu~"


daalam hatii 'dah agak daahh'


haha :D then tadi dapat text dr puan tuu. baru nak replyyy? takda kredit kott. baru topup tadilaahh nii. *positip XD*
dia replyyyy,


"ok. esok pagi datang ambil duit gaji. call dulu sebelum datang"


alhamdulillahh XD ada jugaakk rezeki akuu penat lelah hari tuuu. taktahu laahh berapa puluh dia nak bg tuuu.
tak kisahh lahh. asal adaaa :)


alahaaaaaii~ panjang pulaakk post kali nii. dah ahh tuu.
so, esok pagi aku akan ambik duit then gerak sekolah naik ktm with HAWAA ^^
banyak cerita nii woiii! haha :D
ambik duit. beli nombor pinn. bg buku dekat budaakk.
then taktahu laahh gerak mana lagi esokk -,-


 okaayylaahh :)
 daaaaaa~
goodnight.
assalamualaikum^^










Thursday, 3 January 2013

lawak kee?








assalamualaikum.
heyyyyyyy :)
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA XD

 
tibatiba aku rasa lawak gilaaaaaaaa~
guess what? aku dah dapat kerjaaaaa :)
fuhhh~ penat betul cari kerjaa. bukann apaaa~ banyak sangat halangannyaaaa.
harituu ada interview kedai bukuu. tp time tuu bulan 12 lagii.
dapat tapii aku ingat kalau nak start kerja punn bulan 1.
naknyaa time tuu tengah banyak hal. kanggg dah start kerja tak bolehh cutii dahhh.
gaji RM600 untuk permulaan. okaayy laahh. tapi aku tolaakk sebab awal sangat dandandan abang tuu keghek + saiko + dan sebagainyaaaa~


dandandan bila dah bulan satu nii, aku rasa sangat bosan sebab tak buat apa dekat rumaahh.
rasa rugi gilaaaa~ duit punn tak masukk :p


tibatiba teringat satu kerja nii yg sangat senang dan dapat cuti sabtu ahad serta public holidaayyy XD
apaaakaaahhh?


kerja JAGA  BUDAK AHHHHH. TASKA! HAHA :D
dan tibatiba pulaakk tadi ibu tanyaa, kerja taska taknak kaakk? sabtu ahad cuti.
and i was likee~ 


ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, kita ada chemistryyyyyy :) haha. semangat jee!


then tadi lepas hantar win dengan namin pergi sekolahh dan ambik hafeez dan kawankawannya balik sekolaahh.
ibu singgah dekat taska baru yg tak jauh dr rumah akuu. jalan kaki punn bolehh kott. bukan kott, memang kena jalan kaki punnn :p
lebih kurang blok D aspuri ke blok A aspura jeee. 
dekat gilaaa kaannn? hihi :)


sampai depan taska tuu, aku call lahh nombor yg tertera dekat situu.
rezeki akuu mungkin.
puan tuu kata yg dia sangatsangat mmerlukan pekerjaa.
aku punn apa lg. kompom je ahh kaann :p
hihi :) esok start kerja. dari  pagi sampai 7 petangg.
gaji RM600. makanan disediakan ofcourse. haha :)
waktu rehat lama pulaakk tuu. budak rehat kita rehat ahhh. 


hmm. walaupun org mcm pandang apa jee kerja taska nii, peduli hapee akuu. janji ada kerja.
jaga budakbudak pulaakk tuu :p
ohhhhh. i like itttt~


esok tak bolehh ahh nak tidur lepas subuh daahh. opss :p kantoi ahhh. haha
so, pray for me ehhh :)


dear budakbudak, please be nice to akak nabillah nii ehhh.
i garang tauuuu.
haha :D
kayy laahhh.
pergi duluuuu~
daaaaaaaaaaa -,- 
assalamualaikum ^^






 

Tuesday, 1 January 2013

Ujian Undang-undang Jalan Raya -,-








assalamualaikumm.
heyyy. wassap yooo! kayy dah. cukup.
seperti yg dinyatakan dalam post sebelum nii, aku telah selesai menjalani kelas KPP selama 5 jam tuu.
dan sekarang aku TERpaksa bertunggus lumus untuk menghadapi ujian komputer tuu pulaakk.
ahad nii wehhhh ahad niiii -,-
tak lama lagi kottttt~


"dah tahu masa suntuk, yg kau pergi teruskan menaip benda alah nii apahaall?. pergi ahh studyy"


"ehhhhh. sukahati aku laaaahhh. blog aku kottt"


haha. itu adalaahh perbulan antara aku daaaaannnnnnnnnnn AKU. haha :D
dandandan baru tadi aku pergi ambik buku contoh soalan diaa. ingat nak extend masa. tp kakak tu kata dah tak boleh nak tukar. hmm. terima jelaahh seadanyaa.
lg 4 hari jee. tak sampai punnn :/


ibu banyak kali pesan.


"buat betulbetul kak. jangan sampai kena ulang pulaaakkkk. tak payah laahh mengadap laptop tuu lagi sekarangggg"

dan sekarang aku sedang mengadapnyaaa. haha. degil sungguh aku niii -__-
fineefineee. lepas habis jee aku tulis post nii, aku study laahh yeeee :)


kaayykaayy.
aku tengok semua dapat buku tebal.
akuu? aku just dapat nota photostat dan buku contoh soalan.
nota tuu telahh diringkaskann katanyaaa.
so, senang laahh.
harapharap laaahh :)


okaayy then. lepas nii aku akan study benda nii ><



  
sila sengetkan kepala anda 90 darjah kekiri. terima kasihh :)



dahh. malas aku nak rotate. lantaakklaahh.
sampai disini sajalahh pertemuan kitaa. cehhh~ 
haha. daaaaaaaaaa :)
assalamualaikum^^