Tuesday 22 August 2017

Lamanya...

Assalamualaikum. Lamanya dah tak tulis kat blog. Tahu takda orang baca tapi best apa baca balik duludulu punya post.
So, basically aku dah habis setahun dekat uitm shah alam tu. Lama gila kan aku tak post. Entry sebelum ni baru dapat tawaran degree lol.

Dah hadap degree setahun ni memang takleh nak nafikan lah beza life dia dengan diploma. Walaupun aku tetap sama still study mainmain. Tapi kamon degree kot lebih lah stress dia.
Alhamdulillah lah aku dapat hadap.

Oh ha haritu bulan 5 konvo diploma. Kemain lama kan tunggu nak graduate sampai setahun haha.
Alhamdulillah dapat bagi hadiah kat ibu ayah. Degree ni aku kena hadap lagi 2 sem. and then intern.
Sekejap je masa berlalu. In shaa Allah nak bagi lagi hadiah kat ibu ayah kalau ada rezeki. aamiin.

Dah awkward nak menaip panjang2. Dulu rajin je nak cerita semua benda. Aku dah lah short-term memory loss (tu ke nama dia). Suka sangat lupa bendabenda lama(baru pun lol). Tu tak best tu. At least kalau post kat blog, bila bosanbosan baca balik tu baru lah boleh macam "oh! baru teringat" ha camtu haha.

Ha lastlast. Sepanjang setahun kat shah alam tu, aku satu bilik dengan mas. Kira Alhamdulillah lah sebab dia je sabar nak kejut aku pagipagi. First sem haritu sebab memang boleh daftar sama. Second sem sebab kitorang duadua tak dapat kolej so dapat rayuan and lagi sekali boleh daftar sesama. Ha yang sem akan datang ni pulak duadua dapat kolej Alhamdulillah and bilik ditetapkan oleh pihak kolej lah cam biasa. Satu bilik 2 orang. Mintakmintak dapat lah lagi satu bilik dengan dia. Mana lah tahu kan rezeki in shaa Allah aamiin. Kalau tak satu bilik pun sebelah2 ke lol sebab Melati tu ikut kos kolej dia. Satu aras tu kos yang sama ha camtu. Dapat tahu bilik tu 30hb ni. Harapnya ada rezeki lah. Macam serious pulak haha. Takdalah dia je yang bersabar dari diploma kot kejut aku gi kelas. So tak salah kan nak doa dapat satu bilik hahaha.

Dah lah tu. Kemain tadi kau Neb awkward nak tulis pepanjang.
Sampai jumpa lagi.
Kbai.

Tuesday 16 August 2016

Road to degreeeee

Assalamualaikum.
konon je nak update selalu bila duduk rumahh hhahaha dusta sematamata.
okaayy busy kerja cehh macam lah lamaa. Act, haritu kerja kedai buku je ada lah dalam 2 bulan camtuu pastu berhenti sebab nak raya hahahaa. Tak pasalpasal dapat kawan kat sini hahahaha selama ni takda kawan langsung sebab tak sekolah sini and belajar jauh hahaha.

Okay,Alhamdulillah haritu result last sem diploma dah dapat and ALHAMDULILLAH SANGAT SANGAT sebab impian tercapai ceh hahaha. Then barubaru ni keluar result degree.
Risau act sbb takut dapat jauh. Sebab aku apply puremath so kos tu ada dekat 3 tempat.
Shah alam, Seremban 3 dengan machang kelate. Peh siapa tak risau. Maleh dah nk jauh2.
So petang tu check ya Allah terkejut sangaatt dapat Shah Alam and dapat kos yang nak Alhamdulillah terima kasih ya Allah.

Yang dapat shah alam yg paling rapat adalah mas. Yes ada lagi orang boleh kejut aku gi kelas hahahaha pemalas ya ampun nk bangun sendiri. Harap2 dapat satu bilik aamiin.
So settled lah memang tiap minggu lah aku balik hahahaha seronoknyaaa dekat ya Allah behave bella. Eh bella pulak, behave Neb hhahahaha.

Btw, dekat tempat kerja haritu dapat nama baru, Bella hahaha tu dah terbiasa dipanggil bella hahahaha mula2 geli gilaaa eee tak pernah orang panggil bella. Suruh dorang panggil Neb dorang taknak tak sedap dorang kata fine sukahati korang lah hahahah.

Hm tu je kot. Doakan please degree life aku nanti okayy okayy je hahaha macam ada orang baca.
Btw, nak cakap tahniah kat semua yang berjaya sambung degree. Yang belum berjaya jangan sedih k, belum ada rezeki lah tuu.

Dah lah tuu kbai.
Assalamualaikum.

Wednesday 13 April 2016

Diploma The End

Assalamualaikum.

Ha kan aku dah kata setiap cuti sem baru updated hahaha
Tp ni mmg dh cuti terus dah ni

Yes 10hb April haritu mmg last paper untuk diploma. so skrg i am unofficially graduating from diploma. yelah kau result belum dapat konvo pun belum takyah nak excited sangat

Yg pastinya risau gilaaaa yg last sem ni. Haa okay taknak pikir lagi.
So skrg aku tgh berehatrehat di rumah. Semestinya nak cari kerja. Nak kumpul duit untuk masa akan datang.

Bulan 9 in shaa Allah masuk degree pulak. Pure mathematics in shaa Allah.
Doakaann sobs ceh mana ada org baca haha

Haa ni dah duduk rumah ingat nk selalu updated blog. Nak cerita banyak benda. So nnti dah lamalama boleh baca balik. Aku ni memori bukan kuat sangat. Kekadang benda penting pun boleh lupa. Kajian dpt dibuktikan bila skrg ni aku baca balik post lama and aku mcm "ehh ni bilaaa masaaa" "ohhh time nii haah baru ingat" hahahaha

Haa so kesimpulannya sementara aku tgh bersenang lenang kat rumah ni, aku nak updated serajin mungkin. Kot.
hahahah best weh baca balik. Serious. Pastu gelak sorang2 hahaha

haa dah ah tu. Bukan mood nk post skrg ni actually tp alang2 dah bukak blog haa updated leww sateww

kbai.

Wednesday 25 November 2015

Last sem!!!!!

Assalamualaikum. Yes sekarang tengah cuti sem semester 5 pulak haha.
Jumaat ni dah kena balik segamat. Untuk last sem, semester 6.
Harap okay je untuk semester last ni.
Result memberangsangkan lah setakat ni Alhamdulillah. Risau betul haritu.

Untuk part 6 ni lagilaaahhhh risau. Last sem kot.
Tp kali ni macam ada terlebih excited sikit nak balik segamat hahaha.
Ibu pun perasan. Ibu kata sbb nak masuk untuk last sem so excited lah. Betul jugak. Aku pun rasa aku excited haha.

Btw, belum berpeluang jumpa budak2 18. In shaa Allah habis dip nnti kot. Ramai yg degree so cuti tak sama. Setahun lebih dah kot tak jumpa.

Macam panjang pulak membebel. Sbb type dekat fon je kot haha. Dah lah tu.
Cuti sem sem depan aku tulis lagi haha perlu ke time cuti sem jugak.

Kbai.

Sunday 19 April 2015

Sebaikbaik peringatan


Assalamualaikum.
and yeah haritu latest update time tgh sembreak sem 3. Skrg tgh sembreak sem 4.
Hmm mungkin mmg akan update setiap kali sembreak je kott.
Rindu actually nak bercerita itu ini kat sini eventhough takda siapa yg baca ye tahu.
Tp yelah best apa, nanti dah lama2 scroll down balik post lamalama baca balik apa kita tulis haha.

Dan baru ni 16hb apr my paklang, ayah Amal telah kembali ke rahmatullah. ya Allah sebaknyaaa.
walaupun tak berapa rapat, tp rasa sangat kehilangan. Baru 4 bulan dah 4 org ahli family terdekat pergi. 10 jan tokwan pergi, 17 jan sepupu ibu pergi, 50 hari lepas tu sepupu ibu lagi sorang pergi, and 16hb apr haritu paklang pergi. Ye tahun 2015 ni tahun yg penuh dugaan untuk family kitorg.
Moga Allah tabahkan hati kami semua.

Wallahi aku type ni dlm keadaan yg sangat sebak tahan je ni sbb kalau dh start tak boleh berhenti.
Amal, amal cousin aku yg paling aku rapat. Sangat. Aku rasa ramai dah kawan aku kenal dia sbb aku suka bercerita. Dia tua 2 tahun dr aku. Taktahu macam mana boleh rapat. Dari kecik. Walaupun annoying gila. And bila ayah dia yg meninggal, aku pun rasa kesedihan dia. Lagi terkilan aku tak sempat lawat pun time paklang sakit. Time ibu wassap kata dia dh takda pun aku betul2 baru habis paper.

Ok berbalik pd amal, dia lah lelaki yg setakat ni antara terbaik yg aku jumpa I mean selain ayah. Dia biasa je padahal. Tp ntah, dia yg ulang alik hospital hantar mak uji jaga ayah dia haritu. Dia jugaklah yg banyak jaga ayh dia dr adk beradik yg lain.
And aku dpt tahu dia jadi imam solat jenazah ayah dia Allahuuuuu bila dpt tahu tu sebaknyaaaa. Ucu cerita ramai sangat nangis time dia bg speech lps imamkan solat tu sbb dia nangis. Rasa rugi takda time tu. Moga kau tabah Mal. Kau kena kuat, untuk mak uji.

And seriously aku rindu sangat dgn arwah Tokwan. Rasa janggal sangat bila sebut arwah. Okay dah meleleh dah fuhhh. Aku pakai kain pelikat dia bwk solat. Tiap hari mesti teringat. Sebab rapat, sbb dia jenis suka mengusik. Tokwan je yg panggil Anja yang lain semua panggil Anje :') Orang kedah kann. Serious rinduuu. Rindu lawak dia. Sakit kan rindu ni :')

And sepupu ibu, arwah Cu Joe. Orang yg palinggggg suka usik aku. Pantang jumpa mesti dia akan sebut enjeeeeeeeee. And aku tak sempat tgk pun time dia sakit. Last jumpa sihat siap usik lagi. Tiba2 time kat U tahu2 dah meninggal. Taktipu nangis sangat time tuu.

Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Akak rindu sangat. Moga kita berjumpa di syurga Allah in shaa Allah :')
Moga Allah tabahkan hati kami semua utk menghadapi ujianNya.

fuhh sedih pulak post kali ni. Niat sebenar nak bercerita pasal lain, lain pulak yg ditaip haha sokayylah.
Saja jee bercerita no one will read lahh haha.
Ada rezeki sy taip lagi.
Assalamualaikum.

Monday 17 November 2014

Lamanyaaaa

Assalamualaikum.

Lamanyaaaaa tak update.
Last update haritu time tgh sembreak sem 2.
Skrg tgh sembreak sem 3.
Ye saya sedang cuti sem 3 dan lg kurang lebih 2 minggu dah kena masuk balik sem 4.
Macam biasa, cepatnyaaaa masaaaaa.

Result pun dah selamat dapat.
and Alhamdulillah for that.

fuhh, i think that i am fully recovered now hehe. Dah takda benda dah nak menyesakkan kepala otak.
Tawakal je dgn Allah, biarlah org nak kata apa kannn dayot? wahahaha

walaupun kadangkadang stress org tanya takda ke takda ke.
Well, i have Allah what.

kdah malas nak fikir. Belum sampai masa. Dunia dah akhir zaman.
Masa utk prepare apa yg patut.

kdah over.

assalamualaikum.

Monday 21 April 2014

tarappapaaa

Assalamualaikum.
fuhh lamanya tak jenguk blog. dah rupa apa dah blog niii.
aahhhh lantokkk janji dapat post something.

okayy sekarang tengah cuti sem 2. sem 2 baru je lepas. cuti 2 bulan.
Bulan 6 ni masuk sem 3 ah akuu.
Allah cepatnya masaaaaa.

Result sem 2 keluar 9 Mei ni. Cuak tahap tak ingat ahh tp dah usaha kann so tawakal je lahh.
hm cerita pasal sem 2.
Banyak benda jadi, banyak sangaat.
Satu pasal study. Subjek programming fuhhhh serious menguji tahap keimanan.
Time exam takda apa sangat. Time buat assignment dia tu haaaa.
Sampai tak tidur sampai subuh kauu haa hambikk.
Alah adat lah tu belajar.

Dah masuk Universiti ni, lg banyak dugaan datang.
Lagi banyak Allah uji.
Lagi2 bila sentuh soal hati acewaaahh
euww aku tak reti benda2 nii serious.
haha takda apa lahh
doa je lahh yg terbaik
Moga Allah permudahkan dan memberkati segalanya.

aku tahu takda siapa yg baca so watlek watpis jee.
k k dah masuk tengah malam dahh oii.

k naitooo!
Assalamualaikum.