Wednesday 25 November 2015

Last sem!!!!!

Assalamualaikum. Yes sekarang tengah cuti sem semester 5 pulak haha.
Jumaat ni dah kena balik segamat. Untuk last sem, semester 6.
Harap okay je untuk semester last ni.
Result memberangsangkan lah setakat ni Alhamdulillah. Risau betul haritu.

Untuk part 6 ni lagilaaahhhh risau. Last sem kot.
Tp kali ni macam ada terlebih excited sikit nak balik segamat hahaha.
Ibu pun perasan. Ibu kata sbb nak masuk untuk last sem so excited lah. Betul jugak. Aku pun rasa aku excited haha.

Btw, belum berpeluang jumpa budak2 18. In shaa Allah habis dip nnti kot. Ramai yg degree so cuti tak sama. Setahun lebih dah kot tak jumpa.

Macam panjang pulak membebel. Sbb type dekat fon je kot haha. Dah lah tu.
Cuti sem sem depan aku tulis lagi haha perlu ke time cuti sem jugak.

Kbai.

Sunday 19 April 2015

Sebaikbaik peringatan


Assalamualaikum.
and yeah haritu latest update time tgh sembreak sem 3. Skrg tgh sembreak sem 4.
Hmm mungkin mmg akan update setiap kali sembreak je kott.
Rindu actually nak bercerita itu ini kat sini eventhough takda siapa yg baca ye tahu.
Tp yelah best apa, nanti dah lama2 scroll down balik post lamalama baca balik apa kita tulis haha.

Dan baru ni 16hb apr my paklang, ayah Amal telah kembali ke rahmatullah. ya Allah sebaknyaaa.
walaupun tak berapa rapat, tp rasa sangat kehilangan. Baru 4 bulan dah 4 org ahli family terdekat pergi. 10 jan tokwan pergi, 17 jan sepupu ibu pergi, 50 hari lepas tu sepupu ibu lagi sorang pergi, and 16hb apr haritu paklang pergi. Ye tahun 2015 ni tahun yg penuh dugaan untuk family kitorg.
Moga Allah tabahkan hati kami semua.

Wallahi aku type ni dlm keadaan yg sangat sebak tahan je ni sbb kalau dh start tak boleh berhenti.
Amal, amal cousin aku yg paling aku rapat. Sangat. Aku rasa ramai dah kawan aku kenal dia sbb aku suka bercerita. Dia tua 2 tahun dr aku. Taktahu macam mana boleh rapat. Dari kecik. Walaupun annoying gila. And bila ayah dia yg meninggal, aku pun rasa kesedihan dia. Lagi terkilan aku tak sempat lawat pun time paklang sakit. Time ibu wassap kata dia dh takda pun aku betul2 baru habis paper.

Ok berbalik pd amal, dia lah lelaki yg setakat ni antara terbaik yg aku jumpa I mean selain ayah. Dia biasa je padahal. Tp ntah, dia yg ulang alik hospital hantar mak uji jaga ayah dia haritu. Dia jugaklah yg banyak jaga ayh dia dr adk beradik yg lain.
And aku dpt tahu dia jadi imam solat jenazah ayah dia Allahuuuuu bila dpt tahu tu sebaknyaaaa. Ucu cerita ramai sangat nangis time dia bg speech lps imamkan solat tu sbb dia nangis. Rasa rugi takda time tu. Moga kau tabah Mal. Kau kena kuat, untuk mak uji.

And seriously aku rindu sangat dgn arwah Tokwan. Rasa janggal sangat bila sebut arwah. Okay dah meleleh dah fuhhh. Aku pakai kain pelikat dia bwk solat. Tiap hari mesti teringat. Sebab rapat, sbb dia jenis suka mengusik. Tokwan je yg panggil Anja yang lain semua panggil Anje :') Orang kedah kann. Serious rinduuu. Rindu lawak dia. Sakit kan rindu ni :')

And sepupu ibu, arwah Cu Joe. Orang yg palinggggg suka usik aku. Pantang jumpa mesti dia akan sebut enjeeeeeeeee. And aku tak sempat tgk pun time dia sakit. Last jumpa sihat siap usik lagi. Tiba2 time kat U tahu2 dah meninggal. Taktipu nangis sangat time tuu.

Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Akak rindu sangat. Moga kita berjumpa di syurga Allah in shaa Allah :')
Moga Allah tabahkan hati kami semua utk menghadapi ujianNya.

fuhh sedih pulak post kali ni. Niat sebenar nak bercerita pasal lain, lain pulak yg ditaip haha sokayylah.
Saja jee bercerita no one will read lahh haha.
Ada rezeki sy taip lagi.
Assalamualaikum.