Wednesday, 25 November 2015
Last sem!!!!!
Jumaat ni dah kena balik segamat. Untuk last sem, semester 6.
Harap okay je untuk semester last ni.
Result memberangsangkan lah setakat ni Alhamdulillah. Risau betul haritu.
Untuk part 6 ni lagilaaahhhh risau. Last sem kot.
Tp kali ni macam ada terlebih excited sikit nak balik segamat hahaha.
Ibu pun perasan. Ibu kata sbb nak masuk untuk last sem so excited lah. Betul jugak. Aku pun rasa aku excited haha.
Btw, belum berpeluang jumpa budak2 18. In shaa Allah habis dip nnti kot. Ramai yg degree so cuti tak sama. Setahun lebih dah kot tak jumpa.
Macam panjang pulak membebel. Sbb type dekat fon je kot haha. Dah lah tu.
Cuti sem sem depan aku tulis lagi haha perlu ke time cuti sem jugak.
Kbai.
Sunday, 19 April 2015
Sebaikbaik peringatan
Assalamualaikum.
and yeah haritu latest update time tgh sembreak sem 3. Skrg tgh sembreak sem 4.
Hmm mungkin mmg akan update setiap kali sembreak je kott.
Rindu actually nak bercerita itu ini kat sini eventhough takda siapa yg baca ye tahu.
Tp yelah best apa, nanti dah lama2 scroll down balik post lamalama baca balik apa kita tulis haha.
Dan baru ni 16hb apr my paklang, ayah Amal telah kembali ke rahmatullah. ya Allah sebaknyaaa.
walaupun tak berapa rapat, tp rasa sangat kehilangan. Baru 4 bulan dah 4 org ahli family terdekat pergi. 10 jan tokwan pergi, 17 jan sepupu ibu pergi, 50 hari lepas tu sepupu ibu lagi sorang pergi, and 16hb apr haritu paklang pergi. Ye tahun 2015 ni tahun yg penuh dugaan untuk family kitorg.
Moga Allah tabahkan hati kami semua.
Wallahi aku type ni dlm keadaan yg sangat sebak tahan je ni sbb kalau dh start tak boleh berhenti.
Amal, amal cousin aku yg paling aku rapat. Sangat. Aku rasa ramai dah kawan aku kenal dia sbb aku suka bercerita. Dia tua 2 tahun dr aku. Taktahu macam mana boleh rapat. Dari kecik. Walaupun annoying gila. And bila ayah dia yg meninggal, aku pun rasa kesedihan dia. Lagi terkilan aku tak sempat lawat pun time paklang sakit. Time ibu wassap kata dia dh takda pun aku betul2 baru habis paper.
Ok berbalik pd amal, dia lah lelaki yg setakat ni antara terbaik yg aku jumpa I mean selain ayah. Dia biasa je padahal. Tp ntah, dia yg ulang alik hospital hantar mak uji jaga ayah dia haritu. Dia jugaklah yg banyak jaga ayh dia dr adk beradik yg lain.
And aku dpt tahu dia jadi imam solat jenazah ayah dia Allahuuuuu bila dpt tahu tu sebaknyaaaa. Ucu cerita ramai sangat nangis time dia bg speech lps imamkan solat tu sbb dia nangis. Rasa rugi takda time tu. Moga kau tabah Mal. Kau kena kuat, untuk mak uji.
And seriously aku rindu sangat dgn arwah Tokwan. Rasa janggal sangat bila sebut arwah. Okay dah meleleh dah fuhhh. Aku pakai kain pelikat dia bwk solat. Tiap hari mesti teringat. Sebab rapat, sbb dia jenis suka mengusik. Tokwan je yg panggil Anja yang lain semua panggil Anje :') Orang kedah kann. Serious rinduuu. Rindu lawak dia. Sakit kan rindu ni :')
And sepupu ibu, arwah Cu Joe. Orang yg palinggggg suka usik aku. Pantang jumpa mesti dia akan sebut enjeeeeeeeee. And aku tak sempat tgk pun time dia sakit. Last jumpa sihat siap usik lagi. Tiba2 time kat U tahu2 dah meninggal. Taktipu nangis sangat time tuu.
Semoga semuanya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Akak rindu sangat. Moga kita berjumpa di syurga Allah in shaa Allah :')
Moga Allah tabahkan hati kami semua utk menghadapi ujianNya.
fuhh sedih pulak post kali ni. Niat sebenar nak bercerita pasal lain, lain pulak yg ditaip haha sokayylah.
Saja jee bercerita no one will read lahh haha.
Ada rezeki sy taip lagi.
Assalamualaikum.
Monday, 17 November 2014
Lamanyaaaa
Lamanyaaaaa tak update.
Last update haritu time tgh sembreak sem 2.
Skrg tgh sembreak sem 3.
Ye saya sedang cuti sem 3 dan lg kurang lebih 2 minggu dah kena masuk balik sem 4.
Macam biasa, cepatnyaaaa masaaaaa.
Result pun dah selamat dapat.
and Alhamdulillah for that.
fuhh, i think that i am fully recovered now hehe. Dah takda benda dah nak menyesakkan kepala otak.
Tawakal je dgn Allah, biarlah org nak kata apa kannn dayot? wahahaha
walaupun kadangkadang stress org tanya takda ke takda ke.
Well, i have Allah what.
kdah malas nak fikir. Belum sampai masa. Dunia dah akhir zaman.
Masa utk prepare apa yg patut.
kdah over.
assalamualaikum.
Monday, 21 April 2014
tarappapaaa
fuhh lamanya tak jenguk blog. dah rupa apa dah blog niii.
aahhhh lantokkk janji dapat post something.
okayy sekarang tengah cuti sem 2. sem 2 baru je lepas. cuti 2 bulan.
Bulan 6 ni masuk sem 3 ah akuu.
Allah cepatnya masaaaaa.
Result sem 2 keluar 9 Mei ni. Cuak tahap tak ingat ahh tp dah usaha kann so tawakal je lahh.
hm cerita pasal sem 2.
Banyak benda jadi, banyak sangaat.
Satu pasal study. Subjek programming fuhhhh serious menguji tahap keimanan.
Time exam takda apa sangat. Time buat assignment dia tu haaaa.
Sampai tak tidur sampai subuh kauu haa hambikk.
Alah adat lah tu belajar.
Dah masuk Universiti ni, lg banyak dugaan datang.
Lagi banyak Allah uji.
Lagi2 bila sentuh soal hati acewaaahh
euww aku tak reti benda2 nii serious.
haha takda apa lahh
doa je lahh yg terbaik
Moga Allah permudahkan dan memberkati segalanya.
aku tahu takda siapa yg baca so watlek watpis jee.
k k dah masuk tengah malam dahh oii.
k naitooo!
Assalamualaikum.
Thursday, 26 December 2013
nothing...
Monday, 1 July 2013
Kehidupan baru.......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhh.
Wahhhhhhhh. Dah lama nyaaa tak bloggingg.
Rindu gilaaaaaa. Di saat sedang melakukan latihan precalculus, tetiba terdetik di hati inii untuk berblogging. K enough neb. Hmm hmm hmm. Seperti yang anda semua tahuu
Cewaahhh. Haha.
K sekarang aku sedang menuntut ilmu di UiTM Segamat, Johor mengambil jurusan diploma sains matematik. Yeaaahhhhh! Aku sekarang dekat johorr! K tak perlu terlebih excited neb.
K teruskan. Johor sangat aku rasakan jauh sbb sangat susah nak balik. Takda lah jauh mana act, sebab banyak program yg susah nak balik tuu.
Hmm. Hmm. Sini aku jumpa banyak kerenah manusia. Betul lahh org cakap, dunia luar ni lagi besar dugaan dia. Serious. Kita yg kena tabah, kuat menghadapi semua nii.
So far, belajar okaayy. Enjoy sangat. Kelas tak pack mana. Tp bila dah assignment or presentation datang sebeban, mau tak kelam kabut. Haha.
Ohh ye. Aku dkt sini ambik 5 subjek sahaja.
-CTU101 (agama)-
-BEL120 (english)-
-MAT133 (precalculus)-
-MAT123 (geometry)-
-QMT100 (statistics)-
K. Antara banyak2 subjek nii aku paling suka precalculus. Taktau kenapa. Walaupun kadang2 tak dapat jawab. Hahaha. Btw, lecturer semua best! Alhamdulillah :)
Hmm. Then pasal kolej pulak. Aku dapat bilik 1 bilik 2 org. Kolej Intan :) Best lahh. Dapat roommate senior part 2.
Hmm. Tu jelahh kott. Act post ni untuk nadiah izzati yg terlalu merindui aku tuu. Ehek. Sibuk nak gambar laaah apa lahh. Nak? Hambikkk. Haha. K lahh. Cukup sampai disini. Semoga bertemu lagi. Assalamualaikum :)
Friday, 24 May 2013
masa depan.
p/s : tajuk post kurang ada kena mengena dgn isi didalamnyaa. so, sila abaikan. post di type bersama takungan air mata yg bakal melimpah pada bilabila masa sahaja. sekiann~



